Saturday, April 28, 2012

Jalan Jalan Al-Muqri'ah di SACC MALL , SHAH ALAM . (Part 1)








Salam ukhuwwah fillah abadan abada kepada semua pembaca blog diluar sana . Semoga dilimpahi rahmat dan inayah dari Sang Khaliq ! Semoga Allah memudahkan segala urusan kalian didunia mahupun di akhirat . Amin !

Pada entry kali ini , saya rasa macam semacam pulak nak tulis , almaklomlah sekarang ni saya dah bertukar ke alam lain . Ha , alam lain ? saya dah bertukar menjadi raksasa ke , ataupun cicakwoman ke atau spiderwoman ke ? haha . No no no no . ternyata jawapan kalian salah belaka . Hee , sebenarnya saya kini sudah upgrade peringkat dalam kehidupan seorang penghafaz AL-QURAN . Hehe . Saya dah khatam menghafaz al-quran . Hee . Saya khatam pada hari SELASA , 17 APRIL 2012 bersamaan dengan 2 JAMADILAWAL 1433 Hijrah . Ternyata sekarang ni ujian untuk saya makin berat untuk saya tempuhi . Ya ALLAH , berilah kekuatan pada hambamu ini , Amin ! Korang pun rajin rajin lah doakan saya ye . Saya ni insan yang lemah pun , apa salah nye kita saling mendoakan sesama sendiri . Jadinye , saya ni kire orang ke-4  terawal dalam ranking pelajar MITSTKlang yang khatam , orang ke-3 dalam ranking pelajar perempuan yang khatam dan ORANG PERTAMA dalam kelas tasmik saya . iaitu kelas tasmik USTAZ HAFIZ ! Alhamdulillah , berkat tunjuk ajar , nasihat serta dorongan yang diberikan olehnya saya dapat menjadi seperti sekarang . Syukur ya ALLAH !

Pada 19 APRIL yang lalu , saya bersama - sama AL-MUQRI'AH yang lain iaitu AQILAH BT, AZAHAR , UMMU HAFIZAH BT. SALLEH HUDIN DAN NURNASHA IZLIANA BT, NAZRI telah menerima penghargaan berupa sebuah kek yang dibuat sendiri oleh murabbi kami iaitu Pn. Hajah Aishah bt. Kamiso .

Ini lah kek pemberian cikgu Aishah kat kitorang . Kek tu berbentuk seperti buku simbolik kepada mashaf Al-Quran . Boleh tahan lah cantik nyer . Hee ~ 


So , sekarang nih saya nak kongsi momen-momen indah bersama-sama sahabat-sahabat saya ketika keluar makan dan shopping2 di SACC MALL , SHAH ALAM pada hari Khamis , 26 APRIL 2012 . Sebenarnya ni idea Nasha nak keluar sama sama ngan ktorang . Jadi , dia pun saja lah mengusik TEACHER ALIZAH nak hang sama-sama , so teacher pun dengan pantas cakap oke je and ktorg kene decide nak makan kat ne and so on . So, ktorg ni pun , agak berbunga lah kan , mane taknye , ada orang nak belanja makan mestilah seronok , bahagia gitu ! Hee~  At last , ktorg makan lah kat PIZZA HUT yang ada kat shopping mall tuh .





Hihi .. tulah restoran nye . Yang ktorg akan jelajah segala isi-isinya , cheh! Macam nak buat ape je kan ? Hahaha , gurau~ Tapi , sebelum ktorg msok restoran tu , teacher ajak take a look kat dalam SACC tu , so ktorg pun akur lah dengan teacher . Banyak lah jugak kedai-kedai yang agak branded kat sini . Antara yang sempat saya snap ialah ,









hmm . dengan patung pun jadik lah !



Hehe . ni jelah yang sempat saya snap . Haha . Yang len tu macam tak sempat and tak berape nak perasan lah kedai nye . Haha gurau ~ Bila dah agak lame berjalan kat dalam tu , tibalah saat nye perut kami-kami ni mula menyanyikan lagu Bruno Mars ! Hehe , suka hati je saya petik nama orang . Takpelah , asal dia tak tahu sudah . Ye tak ? Jadi nye , kami pun menuju ke destinasi utama iaitu MAKAN !
Hahahaha .. masuk2 je , kami dilayan oleh sorang trainee ni nama nya ASYRAF . Hahaha . Boleh tahan lah hensem nye . Aqilah kate , muka abang tu macam Seulong artis korea tu and saya pulak cakap muka dia saling tak tumpah macam Saifullah Al-Mujahidi ! Haih . Ape2 jelah . Bila ktorang dah diberi menu makanan , mula lah mereka semua menelaah buku menu itu ,


sempat lagi nak posing . haih .



ha . pilih jangan tak pilih !


Setelah dan selesai sesi memilih makanan yang sedap-sedap belaka , ktorg ni dengan sabar yang tinggi menunggu lah makanan yang agak lame tak sampai-sampai . Adeih , penat jugak nak tunggu sebenarnya almaklomlah , dah terlebih lapar . Hee~ So , ape lagi , untuk menghilangkan perasaan itu ktorg pun melaram la dengan kamera . Haha ..




orang kalau dah takde kerje mmg camni





Hahaha . Apepun , saya enjoy gila dengan trip ni . Saya harap dengan trip ni jugak dapat mengeratkan lagi hubungan kami sesama sendiri . InsyALLAH . Amin !! Tapi korg semua jangan risau , ini baru part 1 aktiviti hanging out ni . Sebab akan menyusul pulak part 2  , tunggu tau !

No comments:

Post a Comment