Tuesday, March 13, 2012

ukhuwwah dengan ALLAH ..!!

Salam ukhuwwah kepada semua pembaca blog diluar sana dan juga buat semua follower saya yang setia menunggu entry2 saya yang baru2 belaka ini . ahaks~ hehe . Hari ni nak kongsi siket pasal UKHUWWAH DENGAN ALLAH .. Kita selalu sebut ukhuwwah dengan manusia . Kita ungkapkan sukma persahabatan dalam keadaan terindah bahasanya . Apa apa sahaja yang berkaitan dengan ukhuwwah membuatkan manusia gembira . Asas ukhuwwah adalah CINTA . Dan asas cinta itu ialah KEIMANAN . Itulah yang membuatkan manusia senang sentiasa . Kepada siapa lagi kita hendak beriman kalau bukan kepada SANG KHALIQ yang telah menciptakan langit dan bumi , yang memberikan kita nikmat kehidupan dalan KEIMANAN , UKHUWWAH dan SILATURRAHIM ini . Siapakah yang berasa ukhuwwah nya dengan manusia punyai pertalian yang kuat ? sila angkat tangan . Dan bagaimana pulak dengan hubungan nya dengan ALLAH??? Adakah rapat , ketat dan erat seperti hubungannya dengan manusia?? Ha. Jawab , jawab!!
So , mehlah dok sini jap baca entry saya untuk kali ini .. Meh la ramai ramai ..





"Akan kuredah lautan berapi , akan kuharung puncak Everest yang tinggi , semuanya untuk dikau wahai kekasih hatiku ..!"

Ada dikalangan kita yang menyebut kata-kata ini kepada kekasihnya . Ada jugak yang menyebut kata-kata ini kepada sahabatnya . Tidak lupa jugak ada yang menyebut kata-kata ini kepada ibubapanya . Namun , ada tak yang melafazkan kata-kata ini kepada ALLAH s.w.t??
Manusia yang ingin membina hubungan yang baik sesama manusia hendaklah menjalin hubungan yang baik dengan ALLAH s.w.t agar ikatan ukhuwwah yang dibina benar-benar kuat dan memperoleh keberkatan .
Di sini lah keimanan memainkan peranan . Iman mampu membuatkan kita 'merasai' apa yang ghaib . Allah , malaikat , syurga , neraka hatta Rasul kita yang telah wafat meninggalkan kita risalah-Nya .




Allah s.w.t telah membicarakan perihal persaudaraan dalam fiman-Nya :
       "Sesungguhnya orang-orang yang beriman (AL-MUKMINUN) itu BERSAUDARA..."
                                                                                                                            ::Al-hujurat ayat 10::

Dalam konteks ayat tersebut , Allah tidak menyebut manusia , Allah tidak menyebut orang Islam semata-mata . Tetapi Allah menyebut orang yang beriman (AL-MUKMINUN) . Teringat saya akan kata-kata guru saya bahawa hubungan manusia dengan Allah , akan meningkatkan lagi keeratan ukhuwwah antara  manusia dengan manusia yang lain . Allah sangat membenci orang yang SOMBONG dan TAKABBUR , firman-Nya:
         "Dan janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini dengan sombong , kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung,
                                                                                                                           ::Al-isra' ayat 37::

Hmmmm , nak bagi contoh ape ek untuk tajuk saya hari ini ?? haa . Saya nak ambil contoh orang yang tamak . Dah lali telinga kita mendengar ayat'ORANG TAMAK SELALU RUGI' . Kan , kan???  Tapi betul ke
kata-kata orang tua ni?? Hmm, ada betulnya . Apa yang nak saya kaitkan disini bahawa hidup orang yang tamak atau kedekut ni juga dapat merosakkan ukhuwwah nya dengan Allah . Ingin saya persoalkan disini , adakah hidup orang tamak berbaik - baik dengan orang lain? Tidak . Kehidupan mereka yang tamak ni penuh dengan hasad dengki , cemburu mencemburui . Kerjanya hanyalah mengaut keuntungan demi keuntungan .
Akhirnya orang yang tamak ini akan merosakkan hubungan SILATURRAHIM nya dengan manusia lain , semata-mata untuk mendapat keuntungan yang berganda .




Lihatlah , bagaimana ukhuwwah dengan Allah , menjadi jambatan hubungan antara manusia yang lain . Mustahil untuk manusia yang benar-benar merasakan keterikatan dirinya dengan Allah , untuk mengkhianati saudara seislamnya . Mustahil untuk manusia yang benar-benar faham akan hubungannya dengan Allah , untuk menjauhkan saudaranya dari kehidupannya . Kerana manusia yang berhubungan dengan Allah , dia akan faham bahawa hubungannya dengan manusia yang lain adalah satu AMANAH . Ini diingatkan Allah dalam firman-Nya:
           "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya , dan janganlah kamu mengkhianati amanah kamu , sedang kamu mengetahui salahnya"
                                                                                                                               ::Al-anfal ayat 27::

Pernah tak terlintas di fikiran walau sedetik pun yang kita ini insan yang lemah lagi kerdil hanya memerlukan segala-galanya daripada Dia?? Pernah tak kita terfikir ?? Ya atau tak . Adalah amat menjelekkan dan menjengkelkan apabila kita mampu melukut kepada manusia yang kita sedia maklum tidak mempunyai kuasa apa-apa , tetapi kita tidak tunduk dan meminta kepada Allah yang bersifat memegang dan mencipta segala-galanya . Dari hubungan dengan Allah lah , datangnya kejayaan hakiki , datangnya kebahagiaan suci dan datangnya hubungan yang terbina dengan keikhlasan sepenuh hati . Wallahua'lam .

Oleh itu , kerasnya saya ingin menegaskan walau sebaik mana pun kita terhadap ibubapa kita atau taat nya kita kepada ibubapa kita . Betapa patuhnya kita pada arahan guru kita . Dan betapa bagusnya kita menjadi kuli batak kepada sahabat kita , ingatlah , takkan ada keberkatan semua itu andai kita tidak menjaga ukhuwwah kita dengan SANG PENCIPTA .! maaf segala salah dan silap andai diri ini tidak pandai mengarang , empunya diri yang terasa , tersinggung , touching , tersentak atau tersedak apabila membaca entry saya pada kali ini . Harap maaf!


7 comments:

  1. uhuk uhuk ~ mashaAllah ! barakillahufiiik ! hikhikhik. kemain lagi dia mengarang naa... EHEM ! MASYUUUUUUK ! semoga menjadi ehem2.. ALMUKMINUN sebenar. amiiiiiiiiiin ya rabb ! dan bertemu jodohnya dgn ALMUKMINUN ! ahaks !

    ReplyDelete
  2. oooiii ..!! berlemak nampak komen kau ..!
    hahaha . agak agak ler fara . haih!!

    ReplyDelete
  3. haha,, suka2,,
    suka suki dalam khidupan kita mst ad ukhuwah dgn Allah SWT
    set2! hehe

    ReplyDelete
  4. hehehe.. alamak !! blog tak boleh nak like lerr... tkpe aino aku like komen ko tuu ha ! (Y)

    ReplyDelete
  5. subhanallah..kihkihkih,,,....smoge kau mnjdi AL-MUKMINUN....hahaha..terbaikla eno

    ReplyDelete
  6. terima kasih kepada sume komeng2 anda . i'll appreciate it .! teruskan menyokong saya . hakhakhak !

    ReplyDelete