Sunday, May 6, 2012

:: BERSAHABAT SAMPAI KE SYURGA ::

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah Fillah kepada semua pembaca blog diluar sana yang InsyaAllah sentiasa di bawah naungan rahmat dariNya . Saya berharap dalam kita sibuk mengejar Redha Allah , jangan sesekali kita lupakan satu lagi perkara iaitu ukhuwwah sesama manusia , Amin ! Kali ini saya sebenarnya agak semangat untuk tulis entry baru ini , hmm , tak tau lah kenape . Hee , sebenarnye hari ni saya nak cerita pasal satu FITRAH yang sebenarnya manusia tidak akan pernah dapat main lari lari darinya . Apa tu ? Hehehe , inilah yang dikatakan FITRAH BERSAHABAT !

Dalam konteks bersahabat ni sebenarnya Allah sudahpun memberi peringatan yang sangat jelas menerusi sabdaNya yang membawa konotasi : " Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara " dan sabda Rasulullah pun telah bersabda yang bermaksud : " Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri " . Namun amat susah dan sukar sebenarnya kita sebagai makhluk Allah yang lemah ini untuk memenuhi ciri-ciri yang diceritakan dalam hadis ini . Nampak sangat yang hadis ini mudah dihafal tapi amat susah untuk kita praktikkannya .

Teringat saya akan kata-kata ustaz saya pada program sembang pagi yang diadakan pada pagi tadi . Sembang pagi tadi juga tajuknya tidak kurang lari daripada konteks BERSAHABAT . Antara kata-kata ustaz saya itu ialah , SAHABAT ialah seseorang yang sentiasa berada disisi kita disaat susah dan senang serta insan yang dapat menegur kesilapan dan kekhilafan diri sahabatnya . Sungguh terkesan saya apabila kata-kata ini diungkap oleh ustaz saya , mana taknya , begitu susahnya sekarang untuk kita menjumpai seseorang yang dikatakan oleh beliau . Lain lah kalau kita masih hidup di zaman Rasulullah atau zaman para Khulafaur Rashidin , saya boleh jamin yang rata-rata mereka amatlah mementingkan ciri-ciri persahabatan dalam Islam . Konfem tak payah risau punye lah . 







Ingin saya tegaskan disini bahawa apa yang dikatakan dengan KAWAN dan SAHABAT itu mempunyai makna dan tafsiran yang berbeza . Kawan adalah seseorang yang sentiasa disisi kita , manakala sahabat pula seperti yang sudah saya terangkan pada awal kalam saya tadi . Kata-kata " Kawan senang dicari , Sahabat tiada ganti ' . Apa yang saya faham melalui kata-kata ini ialah , kawan ni memang senang sangat kita nak cari , kat mana-mana pun kita boleh dapat kawan , kat SHOPPING COMPLEX ke , kat SURAU ke , kat MASJID ke , kat SEKOLAH ke , kat FESBUK ke , kat SKYPE ke , kat BLOGGER ke , kat TWITTER ke or kat mana-mana lah kita memang senang nak dapat kawan . Tapi , persoalannya sekarang ni kenapa dikatakan SAHABAT tu susah nak cari dan tiada galang gantinya ?

Sebab sahabat ni adalah seorang yang sangat berharga . Mereka ni ibarat permata dalam perhiasan kaca . Tanpa sahabat kita tak dapat menjalankan hidup yang indah . Ceh! Poyo je kan ayat saya nih . Haha , Betul lah , sebab dengan bersahabat je kita dapat tahu macam mana perangai kita yang sebenarnya , emo ke kite , gedik ke kite , ego ke kite , suka down kan orang ke , suka buat orang tension ke or apa-apa jelah lagi kan . So, hanya dengan bersahabat jelah kita dapat tahu segala-galanya tentang kesalahan kita dan keburukan kita . Jadi , bila dah tahu kesalahn dan leburukan kita , bolehlah kita membuat penambahbaikkan untuk menjadi MUKMIN yang lebih baik pada masa akan datang . Jadi , apa tunggu lagi ? Ayuh! BERSAHABATLAH SAMPAI SYURGA

Berikut saya sertakan antara ciri-ciri dalam bersahabat :

1.Ikhlas dalam persabatan
2.Tidak bersangka buruk dalam persahabatan
3.Saling menasihati dalam persahabatan
4.Saling memaafkan dalam persahabatan
5.Menjaga suara dalam persahabatan
6.Amal makruf dalam persahabatan 
7.Jujur dalam persahabatan
8.Menyatakan rasa kasih kepada sahabat
9.Saling mendoakan kesejahteraan dan kebaikan sahabat
10.Bersalaman apabila bertemu
11.Sentiasa memberi hadiah untuk mengeratkan persahabatan
12.Sentiasa menampakkan wajah yang ceria 
13.Sentiasa ziarah menziaarahi


Hmmm , sebenarnya kan , kalau nak ikutkan , beribu-ribu ciri-ciri dalam bersahabat ni . Cuma kita je yang tak tahu dan tak sedar dek disogokkan perkara-perkara LAGHA dunia sehingga kita alpa akannya . Jadi , kepada sahabat-sahabat saya diluar sana tidak kiralah yang mengenali diri ini atau tidak , marilah kita sama-sama menggulungkan tali persahabatan dengan erat dan ketat dengan berpandukan tatacara Islam yang sebenarnya . Berbuat baiklah dalam bersahabat . Semoga dengan entry saya kali ini , sedikit sebanyak dapat kita ambil sebagai langkah seterusnya bagi membina dan mengukuhnya ukhuwwah sesama umat Islam khususnya . Ya Allah , hiasilah hati-hati kami ini dengan keimanan dan perasaan saling menyayangi sesama umat Islam . Amin ya Rabbal 'Alamiin ....




No comments:

Post a Comment