![]() |
| ::EIFFEL TOWER , PARIS:: |
![]() |
| ::TORONTO:: |
Saya pun tak lah bercuti sampai kene stay kat HOTEL ke , CHALET ke , HOMESTAY ke , tapi , percutian saya kali ini SANGAT ENJOY dan MEMENATKAN sebab apa ? Sebab pergi kemana - mana , tapi tak stay kat tempat tu . Makna nya BALIK HARI kalau istilah orang kita selalu gunakan . Nak tau ke kemana je yang saya pergi ? Ha , banyak tempat tau , antaranya MELAKA , KUALA SELANGOR , PANTAI MORIB , TANGKAK(JOHOR) , TANJUNG MALIM(PERAK) , dan akhir sekali SABAK BERNAM . Ha , amacam ? Banyak tak tempat yang saya lawati ? Hehe . Apepun , perjalanan saya ini bermula dari hari RABU 06 JUN 2012 sehingga hari SABTU 09 JUN 2012 ! Hihi . Kebanyakan perjalanan semuanya bermula malam dan balik pagi . Ada yang pergi tengah hari balik pagi . Ha? Faham ke tak ? Hihihi . Takpe lah , meh, saya terangkan dengan lebih lanjut lagi ..
#RABU 06 JUN 2012#
Hmm . Malam ni sebenarnya tak merancang pun nak keluar berjalan , tetiba je ayah saya ajak pergi PANTAI KELANANG@MORIB di BANTING . Saya pun apalagi , cepat lah bersiap takut2 ayah saya mengamuk pulak kan . Kami tak buat apa - apa pun kat pantai tu , sampai - sampai je kami terus pergi kedai makan dan makan . Kemudian tu kami ambik panorama bulan di waktu malam .Cantik !
Hihihi . Itulah dia kisah malam pertama berjalan . Jom ikuti perjalanan dimalam yang kedua . Malam kedua malangnya saya tertinggal DSLR kesayangan lah . Hehe , so takde lah potret yang dirakamkan . Sedih kan ? kan ? kan ? Takpe lah , kita teruskan lagi perjalanan kita .
#JUMAAT 08 JUN 2012#
Hari ni kami adik beradik dikejutkan dengan suara ibu yang agak kuat mengejutkan kami . Katanya " Bangun - bangun , ayah kata lepas solat jumaat nak pergi MELAKA . Kalau lambat , tinggal . Dah , cepat bangun bangun !" Hmm .. Tu lah dialog nya . So , satu jam lepas tu , kami pun dah siap cun -cun , wangi - wangi , zapp terus naik kereta memulakan perjalanan menuju destinasi . Cheh , ayat nak market je !
Mula - mula kata nak pergi MELAKA , tapi pusing punya pusing , sampai TANGKAK dah , kat JOHOR . Jadinyer kami pun mula lah SHOPPING pergi beli kain , maklom lah , nak raye kan . Hahaha ..
Hmmm , ni pada sebelah petang nya , sampai waktu malam , ktorang pun masuk lah MELAKA , dinner ! So , kami makan kat PENGKALAN BALAK .
Sedap la jugak makan kat sini . Sedang kami tengah makan - makan tu , kami dimaklumkan yang tempat ni semalam mengalami ribut kuat yang menyebabkan air laut naik sampai atas . Peh ! Seram tak seram saya dengar ayah saya bercerita pasal apa yang dah berlaku kat tempat ni . Seram sejuk jugak lah saya dibuatnya . Memandangkan waktu kami makan disitu pun , guruh dah berbunyi , angin dan menderu bunyi nye . Lagi lah menambah ketakutan saya . 20 minit selepas kami enak menjamu selera , tiba - tiba angin yang sangat kuat bercampur dengan susulan air hujan turun membasahi bumi . Seram gila . Kesemua alas meja yang terdapat disitu berterbangan . Orang - orang lain yang sedang enak menjamu selera pun lari mencari meja makan yang boleh digunakan . Memang waktu tu , Allah je lah yang tau betapa takut dan menggigil nye saya . Memang seram sangat . Agak - agak dalam 30 minit selepas tu , hujan dan angin agak reda dan kami pun mengambil keputusan untuk pulang ke KLANG . Terpaksa jugak lah kami meredah hujan semata untuk pergi ke tempat letak kereta . Alhamdulillah kami pun selamat pulang kerumah dengan izin-Nya .
#SABTU 09 JUN 2012#
Hari ni target kami berjalan ialah ke PERAK , jadi , jalan punya jalan kami singgah dulu TG . MALIM . Saje pusing - pusing kat situ . Kemudian kami teruskan perjalanan ke SABAK BERNAM ! Hhaha . tak sabar rasenyer . Maklum lah , tak pernah pergi SABAK BERNAM lagi , so agak JAKUN dan BATAK jugak lah ! Hehehe , destinasi pertama kami sampai di SUNGAI BESAR . Saya dapat jugak tangkap gambar kat SAWAH PADI . Syok woooooo~
Hmmmm .. Sukenye dapat abadikan kenangan kat sini . Rasa macam syurga dunia pulak . Tu lah kan , ciptaan ALLAH ni memang tiada tandingan nya kan . Takde sesiapa pun yang boleh mencipta sesuatu yang setanding ciptaan ALLAH . Takkan ada ! So , Dah puas tangkap gambar , kitorang pun pi lah PANTAI BAGAN NAKHODA OMAR (BNO) untuk lunch . Sudah lapar menyerbu . Hehe . Menu utama yang kami order ialah ABC ! Nasib lah takde CENDOL , kalau tak saya serbu cepat - cepat ! Hahaha ..
Selain itu , kami order MEE UDANG sebab katenye mee udang kat situ terbaik .! Katenye lah , saya tak pernah rasa lagi makanan tu . So , this is my first try !
Hmm .. Mungkin itu je kot yang dapat saya kongsikan sepanjang HOLIDAY VACATION saya untuk musim cuti sekolah kali ini . Hope kalian sume enjoy dengan paparan saya yang tak seberapa ni . PEACE!
ASSALAMUALAIKUM !


No comments:
Post a Comment