Assalamualaikum kepada semua pembaca blog sekalian . Rindu nya nak update entry blog nih , maklumlah kan dalam 6 bulan jugak tak update , tu yang gila nih . Hari ni saya nak kongsi pasal bola sepak . Mungkin agak pelik untuk perempuan macam saya ini menggilai sukan bola sepak , tapi wahai pembaca sekalian , inilah realitinya . Saya memang meminati sukan bola sepak ini sejak dari zaman sekolah rendah lagi . Tapi kalian semua jangan salah faham , saya bukanlah menceburi bidang bola sepak pun . cuma saya ni menggilai je . Nak tahu apa pasukan kegilaan saya ? Haa .. jawapannya ialah kelab THE BLUES ! Itulah CHELSEA !!! Tak tau macam mana nak bagitau betapa gilanya saya terhadap pasukan ni .
Ada segelintir orang yang mempertikaikan "Apa bestnye bola ni?" , "Tak penat ke tengok bola malam-malam ?" , and tak kurang jugak ada yang berpendapat "Tak rase pelik ke dengan orang yang tengok bola, sedangkan dorang mengejar bola yang satu , macam takde faedahnya!" . Haish , sabar jelah bila berhadapan dengan orang yang mulutnya macam nih .
Adik manis , satu je yang saya nak nasihatkan , setiap orang ada ada pendapat mereka masing-masing and manusia semua sama cuma hati lain-lain kan ? So tak menjadi masalah lah if ada yang suka Anime , tapi ada yang tak . Ada yang suka Korea , tapi ada yang tak . Ada yang suka tengok cerita hindustan , tapi ada yang tak . So, its depending to ourselves . Kita tak boleh nak halang orang lain nak suka apa-apa saja sebab everybody have their right to make choice . Okeh ?
So , jom kita sambung cerita pasal Chelsea . Bagi saya , value yang ada pada pada pasukan ini ialah pada corak permainan yang dipersembahkan setiap kali permainan . Memang tidak menghampakan semua orang punya lah . Setiap skill dan aksi-aksi yang ditunjukkan oleh setiap pemain memang amat mengkagumkan saya . Pasukan Chelsea ini terdiri di antara Petr Cech, EDEN HAZARD, Juan Mata, Fernando Torres, Frank Lampard, John Terry, Victor Moses, Thorgan Hazard, Oscar, Ivanovic, Ramires, Meireles, Bertrand, David Luiz, Sturridge, Obi Mikel, Gary Cahill dan ramai lagi . Ini antara orang-orang yang saya ingat lah . Mungkin ramai lagi kot yang tertinggal .
Sebenarnya saya sendiri mengaku pelik dengan perangai saya yang gila bola ni . Bukan apa , mungkin sebab dari dulu saya berkawan dengan kawan-kawan lelaki je kan , sebab tu terbawak-bawak kot . Hehe . Lawak bila terkenang zaman sekolah rendah dulu , kawan-kawan saya semuanya lelaki sebab bagi saya perempuan amat lembik untuk berkawan dengan saya . Haha , pelik tak ? Ataupun ada sesiapa yang setuju dengan pernyataan saya ini ? Hahaha , mungkin itu pemikiran seorang kanak-kanak bawah umur yang tak matang lagi kot . Saya rasa . Tapi masa tu memang best sangat sebab saya dapat belajar SHUFFLING dengan dorang, BREAKDANCE dengan dorang and macam-macam lagi lah yang saya belajar dari dorang . Hee , okeh , stop about that !
Sekarang ni , MAIN POINT yang saya nak cerita ialah mengenai seorang pemain chelsea yang menjadi kegilaan saya iaitu EDEN HAZARD ! Tak tahu lah macam mana nak mulakan cerita pasal dia ni , dari mana bermulanya .. Haha . Kita cerita sikit pasal biodata mamat ni eh .. Jom !
Nama dia EDEN HAZARD . Tarikh lahir 7 JANUARI 1991 , lahir kat La Louviere , Belgium . Dia mempunyai ketinggian 170 sentimeter dan berat 69 kg . Hahaha . Sebelum ni dia pernah join kelab Lille ngan Belgium and sekarang dia join CHELSEA . Dia ni memang terkenal dengan skill yang memang terbaik sebab dia menjadikan ZIDANE sebagai Role Model nya . Position dia ialah midfielder ataupun pemain tengah . Nak tahu lagi tak , dia nih memang dari keturunan yang main bola sepak jugak . Korang kenal Thierry henry dengan Carine ? Mereka tuh keluarga Eden Hazard dimana mereka bermain untuk pasukan Belgium . And adik Eden ni , Thorgan Hazard juga bermain untuk Chelsea bersama-sama dengan Eden . Wow , hebat kan ! Memang terbaik lah mereka ni .
So , amacam ? Gila tak ? Hehe , semestinya gila bagi perempuan-perempuan yang diluar sana yang mungkin tak sehaluan dengan saya . Hahaha , inilah saya . So apepun , saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah kepada saya . Its MIRACLE ! So , harap korang enjoy dengan entry baru ni . Selamat sejahtera untuk anda semua .







haha..menarik
ReplyDeletex kire la ape minat kite..yg penting jd diri sendiri^^
yep . betul sungguh . Allah dah jadikan kita sebegitu indah , so jadilah diri sendiri !
Delete